Pilih Calon Cina BN -- Untuk Pastikan Kaum Itu Terus Punyai Kuasa Politik, Suara Dalam Kerajaan
IPOH 29 Feb. – Pengundi Cina di negara ini perlu mengundi calon Cina daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi memastikan masyarakat itu mempunyai suara dalam kerajaan.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, hanya calon-calon berketurunan Cina daripada BN mempunyai kuasa untuk mewakili kaum itu dalam politik arus perdana negara.
Beliau berkata, pemimpin MCA sentiasa ikhlas membantu masyarakat Cina dan wakil rakyat parti itu telah terbukti berjaya menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Usaha MCA membantu kaum Cina adalah ikhlas dan MCA mempunyai kuasa politik mewakili rakyat berketurunan Cina. Itu adalah amat penting.
“MCA akan tetap meneruskan perjuangan membangunkan kaum Cina dan berharap mereka setuju memberi peluang kepada calon BN daripada MCA kerana hanya wakil rakyat MCA yang benar-benar faham dan komited membawa pembangunan di kawasan yang diwakili,” katanya.

No comments:
Post a Comment