Sunday, March 23, 2008

Najib Ikrar Sokong Pak Lah

PEKAN 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan terus memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun wujud usaha pihak tertentu untuk merebut jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, beliau akan terus membantu pucuk pimpinan untuk mengukuhkan parti yang kini berdepan cabaran getir selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

‘‘Saya sebagai Timbalan Presiden, saya tetap menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden parti dan kami sedang bekerja kuat untuk memulihkan parti.

‘‘Untuk itu, kita memerlukan perpaduan dalam parti dan komitmen yang tinggi di kalangan ahli untuk memberi tumpuan kepada urusan memartabatkan UMNO,” katanya.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

No comments: