Anwar Sambut Baik Barisan Kabinet Baru
PETALING JAYA, 18 Mac (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, namun mengharapkan lebih banyak perubahan.
Beliau berkata rakyat menuntut perubahan keseluruhan dalam kerajaan termasuk dasar dan pelaksanaannya.
"Memang, kita memantau hal ini dan menyambut baik pengumuman ini. Kita tidak bercakap mengenai personaliti tetapi apa yang telah rakyat perkatakan semasa pilihan raya iaitu tuntutan bagi perubahan.
"Mereka mahukan harapan baru, pucuk pimpinan dan dasar ekonomi baru...lebih telus, kerajaan yang bertanggungjawab, ekonomi yang lebih berdaya saing dan vibran, tetapi ini bukan perubahan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia di sini hari ini.
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321263

No comments:
Post a Comment