Monday, March 17, 2008

Muka Baru Dominasi Senarai Kabinet Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan kabinet baru beliau yang agak kecil menjelang Selasa ini, yang akan menyaksikan muka baru yang menang dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lepas.

Tanda-tanda awal menunjukkan bahawa barisan itu mungkin mengandungi antara 26 dan 28 kementerian berbanding 31 sebelum ini, dengan sesetengah kementerian akan digabungkan.

Sejak beberapa hari lepas, Abdullah telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan semua ketua parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan butir-butir sebelum beliau membuat keputusan, yang menggambarkan konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) perlu dipatuhi dan mengambilkira semua masyarakat.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320934

No comments: