Friday, March 21, 2008

Ahli Parlimen BN Sarawak Anggotai PKR?

Ahli Parlimen BN daripada Serian, Sarawak, Datuk Richard Riot Anak Jaem, hari ini diberitakan sebagai telah menganggotai PKR.

Richard adalah daripada SUPP, komponen utama BN Sarawak. Tindakan ini bermakna PKR kini mempunyai kerusi parlimennya yang pertama daripada Sarawak. Tindakan ini juga menjadikan jumlah perwakilan PKR di Dewan Rakyat kepada 32 kerusi.

Tindakan Richard juga menyebabkan BN Sarawak kehilangan dua kerusi parlimen, termasuk satu yang dimenangi oleh DAP menerusi PRU12 baru-baru ini.

Pada waktu yang sama, tindakan Richard - ahli parlimen yang sudah beberapa penggal berada di Dewan Rakyat - juga menyebabkan jumlah keseluruhan kerusi BN di parlimen berkurangan daripada 140 kepada 139 kerusi.

Lagi: http://kuda-kepang.blogspot.com/

No comments: