Saturday, March 8, 2008

Bencana Tanpa Pembangkang, Anggota BN Kaki Bodek - Dr M

Bencana akan berlaku jika negara ini kehilangan pembangkang, itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat yang akan mengundi Sabtu ini.

Ketika ditanya adakah Malaysia perlu mempunyai pembangkang yang kuat dalam wawancara eksklusif Malaysiakini dengannya, Dr Mahathir menegaskan: "Saya sentiasa menegaskan bahawa negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaan.

"Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita.

"Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. Jadi, jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana".

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3938/84/

No comments: