Tuesday, March 11, 2008

Ong Ka Ting Tidak Mahu Jadi Menteri

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting difahamkan tidak akan memegang sebarang jawatan menteri dalam kabinet. Sebaliknya beliau akan memainkan peranan sebagai Presiden parti sepenuh masa bagi menjelajah seluruh negara untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN). Serentak dengan itu beberapa nama akan dicadangkan bagi pihak MCA untuk menduduki kerusi kabinet. Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily, antara nama yang disebut-sebut ialah Naib Presiden MCA, Fong Chan Onn, Ong Tee Kiat, Ketua Wanita, Ng Yen Yen serta Setiausaha Agung, Ong Ka Chuan. - 10/3/2008

http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

No comments: