Monday, March 10, 2008

Abdullah Angkat Sumpah Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihan raya umum Sabtu lepas.

Acara penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini bermula pukul 11.10 pagi dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia. Abdullah, 68, memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Pada istiadat ringkas selama 20 minit itu, Abdullah menandatangani watikah pelantikan di hadapan Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dipetik daripada BERNAMA,10 Mac, 2008 12:08 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319685

No comments: