Thursday, March 20, 2008

Ku Li Sedia Cabar PM ‘Rawat’ UMNO

KOTA BHARU 19 Mac – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini secara terbuka menyatakan kesediaan menerajui dan merawat UMNO bagi memastikan parti itu tidak hilang kekuasaan dan Melayu terus dibela.

Katanya, terserah kepada seluruh ahli UMNO untuk membuat pertimbangan dan beliau akan memikul tanggungjawab berat itu sekiranya diberi kepercayaan kelak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menegaskan, perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan UMNO selaku parti terbesar terus bernafas dan tidak ditolak rakyat. Utusan, 19 Mac 2008, 11:05pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

No comments: