Sunday, March 16, 2008

Abdul Ghani Angkat Sumpah MB Johor

JOHOR BAHARU, 15 Mac (Bernama) -- Datuk Abdul Ghani Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Johor, Sultan Iskandar di Istana Besar di sini.

Turut mengangkat sumpah pada majlis berkenaan adalah 10 exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik yang terdiri daripada lima muka lama iaitu Ahmad Zahri Jamil (Seri Medan), Dr Robia Kosai (Sungai Balang), Zainal Abidin Osman (Endau), Tan Kok Hong (Bekok) dan Abdul Aziz Kaprawi (Parit Raja).

Lima muka baru adalah Asiah Md Arif (Johor Lama), Datuk Maulizan Bujang (Tiram), M. Asojan (Bukit Gambir), Hoo Seong Chang (Paloh) dan Md Jais Sarday (Mahkota).

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320835

No comments: