Saturday, March 1, 2008

Siapa Yang Untung, Synergy Drive? Felda? Peneroka?

Dalam tempoh kempen untuk pilihanraya umum ke-12 kali ini, kita dapat lihat beberapa insentif telah dijanjikan kepada semua peneroka Felda. Nilai insentif yang dijanjikan ini menjangkau nilai ratusan juta ringgit. Malah boleh dikatakan rupa-rupanya memang banyak lagi wang yang boleh disalurkan kepada semua peneroka Felda yang rata-ratanya berbangsa Melayu (kebanyakannya berada di paras kemiskinan).

Ramai peneroka Felda yang berhutang dengan Felda melalui kedai-kedai yang dibangunkan didalam Felda (kedai runcit) dan sebagainya. Malah ada yang berhutang setelah potongan pendapatan dari hasil kutipan buah kelapa sawit tidak dapat menampung kos sara hidup serta kos pembayaran balik pelbagai caj dari Felda.

Lagi:http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/28/siapa-yang-untung-synergy-drive-felda-peneroka/

No comments: