Saturday, March 15, 2008

Cabaran Pertahankan Pemerintahan Selepas 50 Tahun

Kemenangan pembangkang di lima buah negeri, iaitu empat di Pantai Barat Semenanjung dan satu di Pantai Timur semestinya memberikan dampak baru dalam pembinaan format politik Malaysia untuk masa hadapan. Senario yang dahulunya dijangka tidak akan melanda parti pemerintah di negara ini ternyata meleset.

Jika dahulu, kita melihat parti Kongres di India yang diasaskan oleh perjuangan Ghandi yang berkuasa lebih setengah abad berjaya ditumbangkan pembangkang dan begitu juga yang terjadi pada parti Kuomintang di China, kini UMNO, MIC dan MCA serta Gerakan dan Barisan Nasional (BN) pula berhadapan dengan krisis ketidakyakinan pengundi kepada kewibawaan kepimpinan parti gabungan yang menerajui negara lebih 50 tahun.

Kini setelah 50 tahun merdeka, dan rakyat mengecapi kejayaan serta kemakmuran dan kestabilan, para pengundi memberikan ‘hadiah’ terbesar jubli emas kemerdekaan negara dengan usaha menumbangkan pemerintah yang sedia berbakti kepada mereka.

Apakah ini yang sebenarnya berlaku? Kenapa hadiah seumpamanya ini diberikan kepada kerajaan yang telah pun menunjukkan rekod kejayaan yang memberangsangkan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

No comments: