Sunday, March 16, 2008

Ugut Mukhriz Bukti UMNO Tidak Demokratik

(Harakah) - Tindakan Datuk Seri Abdullah Badawi mengarahkan Pemuda Umno yang turut dipimpin menantunya mengambil tindakan terhadap Datuk Mukhriz Mahathir adalah bukti bahawa Umno adalah parti yang sangat tidak demokratik.

"Arahan Abdullah itu adalah satu ugutan terhadap Mukhriz. Menuduh orang yang menyampaikan suara hati ahli-ahli Umno sebagai tidak bertanggungjawab adalah satu lagi bukti bahawa Umno adalah parti yang sangat tidak demokratik," katanya.

Kebengisan Abdullah terhadap anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga membuktikan Abdullah sedang diancam ketakutan akan hilang jawatannya, kata beliau lagi.

"Beliau bukan sahaja enggan mengkaji dan memuhasabahkan dirinya apabila Mukhriz menuntut beliau berundur, malah menuduh anak Dr Mahathir itu tidak bertaggungjawab dan mengarahkan Pemuda Umno mengambil tindakan pula," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4446/84/

1 comment:

M-16 said...

kami sokong...dia tak patut buat cam ni....

www.raksasabn.blogspot.com