Wednesday, March 12, 2008

BN Perlu Buat Perubahan Radikal

Semua pihak, sama ada yang kalah mahupun yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 harus menerima mandat rakyat dengan hati terbuka.

Sesungguhnya, pilihan raya umum kali ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada semua pihak, sama ada Barisan Nasional (BN), mahupun pembangkang supaya jangan sekali-kali mengabaikan kepentingan rakyat.

Keputusan itu merupakan cara bagi rakyat menyampaikan mesej bahawa sebagai pengundi dalam sebuah negara demokrasi, merekalah yang sebenar-benarnya berkuasa dan mereka tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa mereka jika perlu.

Bagaimanapun, ia bukan penghujung bagi sebuah episod kehidupan, sebaliknya ia merupakan permulaan bagi semua pihak untuk melangkah ke hadapan membina negara menuju kemajuan, sekurang-kurang untuk tempoh lima tahun akan datang.

Bagi BN, pilihan raya ini satu pengajaran pahit yang berguna untuk muhasabah diri dan membuat perubahan, bukan sekadar perubahan biasa tetapi perubahan radikal – daripada segala aspek, kepimpinan, semangat, minda, perjuangan dan pendekatan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

No comments: