Sunday, March 23, 2008

Istana Mahu Ahmad Said -- 23 ADUN Berdiri Teguh Di belakang Idris

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pelantikan tersebut mengetepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan dari Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

No comments: