Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang
KUALA LUMPUR 19 Mac – Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal Dewan Rakyat sekarang.
Persetujuan itu dinyatakan dalam kenyataan bersama oleh pemimpin ketiga-tiga pemimpin parti berkenaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua PKR), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan malam tadi, ketiga-tiga pemimpin itu juga bersetuju agar Wan Azizah menjadi ketua pembangkang sehingga Anwar bertanding dan memenangi kerusi Parlimen. — BERNAMA.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

No comments:
Post a Comment