Tuesday, March 11, 2008

Pemimpin BN Sepakat Tolak Desakan Abdullah Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sepakat untuk menolak tekanan 'luar' yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana gagal mempertahankan kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum Sabtu lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pada mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini sebulat suara mahu Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri, bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tidak timbul soal letak jawatan kerana parti yang perlu buat keputusan. Tidak orang luar yang boleh buat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319840

No comments: