Dolah Semakin Tempang
Kamal Amir
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor merupakan negeri paling panas kesan “menggelegaknya” amarah rakyat terhadap kebobrokkan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi bersama menantu tanpa bin membalun wang rakyat tanpa sempadan.
Trengganu turut terseret sama untuk menjadikan situasi parah serta sukar bagi regim pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan bagai merampok hasil wang royalti minyak negeri “penyu menangis” untuk dibazirkan bersama “buah hatinya” Patric Lim untuk dilaburkan ratusan juta ringgit melalui Pesta Monsoon Cup.
Kalaupun di Johor masih ujud kesetian sebegitu tinggi rakyatnya terhadap parti Umno namun jauh dilubuk hati mereka mencengkam kemarahan serta rajuk panjang melihat kerakusan Abdullah Ahmad Badawi “mengangkangkan” bumi tersebut “dilacurkan” kepada orang Singapura di mana kesannya bakal dijelmakan secara senyap kerana lazimnya orang adat Temengung tidak suka bertindak secara melalu.
Hari ini melalui berita TV Abdullah menyatakan tempoh empat tahun regimnya disifatkan sebagai amat berjaya serta meminta agar rakyat memberikan kepadanya satu penggal lagi demi melaksanakan legasi yang telah dicanai selama empat tahun menerusi koridor ekonomi.
Ternyata begitu terdesak sekali Abdullah menagih simpati rakyat agar diberikan kesempatan kepadanya meneruskan kepimpinan negara. Malahan tanpa malu atau segan berulang kali dia membohongi rakyat kononnya kehidupan rakyat sejak pemerintahannya amat bahagia, amat selesa serta berada dalam keadaan serba gemilang….. kononnya.
Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3735/84/

No comments:
Post a Comment