Wednesday, March 12, 2008

Jangan Sesekali Salahkan Rakyat

Ketika pemimpin dan penyokong parti pembangkang merayakan kemenangan luar biasa mereka, barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) pastinya sibuk melayan pelbagai persoalan yang menerjah pemikiran mereka.

Soalan utama yang pasti terpacul ialah ‘di mana silapnya?’ Adakah punca keruntuhan sokongan itu datang dari dalam parti sendiri atau disebabkan oleh kehebatan parti pembangkang memanipulasikan isu dalam kempen.

Secara asasnya, setiap pemimpin BN mempunyai jawapan yang hampir sama. Mereka mewakili parti terkuat yang sudah terbukti rekod perkhidmatannya kepada rakyat. Sebagai parti yang kukuh, berpengalaman dan digeruni lawan, sudah pasti tidak memerlukan usaha agresif untuk menawan hati penyokong.

Rakyat hanya perlu diulang tayang secara berterusan tentang kerja kuat BN selama ini. Banyak contoh yang kukuh dan secara realitinya tidak mampu disaingi oleh mana-mana parti pembangkang.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

No comments: