Tuesday, March 4, 2008

"BN Akan Jatuh Di Pulau Pinang" Anwar Ibrahim

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam melahirkan keyakinan parti itu akan dapat meraih lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dalam pilihan raya kali ini.
Namun, di sebalik keyakinan itu, tersirat kebimbangan mengenai kehadiran 'pengundi hantu'. Beliau membayangkan BN akan 'jatuh' di Pulau Pinang kerana masyarakat Cina dan India di sana kini sudah mula beralih menyokong parti pembangkang.

Dalam satu wawancara dengan Berita Harian Singapura selepas mengadakan ceramah di Majlis Daerah Ketereh, Kelantan, semalam, Datuk Seri Anwar berkata:

“Pada 1999 dan 2004, saya berada di penjara dan tidak dapat melihat perkembangan (pilihan raya) secara langsung. Tetapi saya mengikuti laporan secara terperinci dari segi mood mengundi, penyusunan jentera dan sokongan semasa kempen.

“Sekarang ini, kita tidak pernah saksikan, sejak 50 tahun merdeka, sambutan yang begitu meluas di seluruh negara (terhadap parti pembangkang). Kebimbangan kita kini ialah mengenai pengundi hantu.”

Lagi:http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=469&Itemid=84

No comments: