Daripada Ombak Kecil Kepada Tsunami Politik
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang diumumkan setakat ini memperlihatkan bahawa apa yang pada mulanya hanya dianggap sebagai satu ombak kecil, akhirnya bertukar menjadi satu tsunami politik yang mengejutkan pelbagai pihak.
Tsunami politik itu mengakibatkan Barisan Nasional (BN) hilang penguasaan di empat negeri - Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak - selain gagal menawan semula Kelantan.
Parti komponen BN, khususnya Gerakan, MIC, PPP dan MCA pula kalah teruk dalam percubaan mereka menguasai kerusi Parlimen.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamed Mustaffa Ishak berkata beliau yakin isu nasional seperti kepimpinan negara, pembabitan anggota keluarga pemimpin dalam pilitik dan perniagaan, Hindraf dan kenaikan harga barang menjadi faktor utama yang menyumbang kepada keputusan yang dipamerkan oleh pilihan raya kali ini.
Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319491

No comments:
Post a Comment