Friday, March 21, 2008

Tengku Razaleigh Ulangi Kesediaan Tanding Jawatan Presiden UMNO

GUA MUSANG 20 Mac — Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pandangannya bahawa perubahan dalam UMNO perlu berlaku untuk memulihkan kembali imej UMNO yang tercalar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, atas alasan tersebut beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar, termasuk bertanding jawatan presiden parti.

“Perlembagaan dalam parti membenarkan sesiapa pun bertanding. Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di sini, hari ini.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

No comments: