Thursday, March 13, 2008

BN Sarawak Mahu Lebih Ramai Perwakilan Dalam Kabinet Persekutuan

KUCHING, 11 Mac (Bernama) -- Dengan Sarawak menyumbang paling ramai anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), 30 daripada 140 orang dari seluruh negara pada pilihan raya umum ke-12 yang baru berlangsung Sabtu lepas, BN negeri mahu lebih ramai perwakilan dalam kabinet persekutuan.

Kebanyakan pemimpin negeri dan masyarakat merasakan bahawa kerajaan persekutuan hendaklah mempertimbangkan untuk memberikan jawatan kepada anggota Parlimen dari kawasan pilihan raya luar bandar kerana mereka telah mendapatkan semua kerusi tersebut.

Naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan oleh akhbar Borneo Post hari ini bahawa lebih ramai anggota Parlimen dari Sarawak dilantik untuk memenuhi jawatan persekutuan.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=320080

No comments: