Saturday, March 22, 2008

Tun Dr. Mahathir: Tiba Masa Melayu Perlu ‘Menderhaka’ Dan Ada ‘Majlis Presiden’ Untuk UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2003: Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’ sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

Beliau menegaskan bahawa masih lagi wujud “Iklim Takut” (climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin serta ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang.

Diminta mengulas usaha Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir berkata beliau bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju parti dan orang Melayu, terutamanya bila ahli UMNO sendiri mengundi pembangkang.

Lagi:http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/21/tun-dr-mahathir-tiba-masa-melayu-perlu-menderhaka-dan-ada-majlis-presiden/

No comments: