Monday, March 24, 2008

UMNO Pecat Bakal MB Terengganu?

ADUN Kijal, Terangganu, Datuk Ahmad Said, yang menerima watikah pengisytiharan pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, semalam, hari ini dikatakan telah dipecat daripada UMNO.

Sumber-sumber memberitahu blog ini pada kira-kira 7.00 petang tadi bahawa UMNO Malaysia telah megehantarkan surat pemecatan berkenaan kepada Ahmad hari ini.
- Ruhanie Ahmad

http://kuda-kepang.blogspot.com/

Mahathir Backs EGM Move

Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said he supports the proposal by Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah that Umno call for an Extraordinary General Meeting (EGM) on May 11.

He said the EGM was necessary to discuss the reasons why the Barisan Nasional (BN) led by Umno had lost the two-third majority and its defeat in five states in the recent general election.

He claimed that many people, including Umno members, had voted for the opposition not because they supported the opposition, but because they did not like the Umno leadership.

Lagi:http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4877/84/
Pelantikan Ahmad Said Sebagai MB Terengganu Tidak Ikut Perlembagaan, Kata Abdullah

SEPANG, 23 Mac (Bernama) -- Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan daripada segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322195
Najib: 23 Adun Terengganu Beri Pengakuan Sokong Idris Jusoh Sebagai MB

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ahad malam bahawa dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, 23 daripada 24 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah memberikan pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata empat Ketua Bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.

"Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar," katanya kepada Bernama.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322229

Seseorang Yang Dapat Sokongan Majoriti Perlu Dilantik - Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata dalam soal pemilihan Menteri Besar Terengganu, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli yang mendapat kepercayaan kebanyakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu hendaklah dilantik.

Beliau berkata proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti Adun hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar.

"Dalam perkara ini, YB Dato' Seri Idris bin Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri, kata Abdul Gani dalam satu kenyataan Ahad malam.

Abdul Gani berkata dalam hubungan ini, sekurang-kurangnya 22 daripada 32 orang Adun yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, telah pada 22 Mac menandatangani satu surat yang ditujukan kepada Pemangku Raja Negeri Terengganu Darul Iman dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, menzahirkan sokongan mereka kepada pencalonan dan pelantikan Idris sebagai Menteri Besar Terengganu.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=322239

Sunday, March 23, 2008

Najib Ikrar Sokong Pak Lah

PEKAN 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan terus memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun wujud usaha pihak tertentu untuk merebut jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, beliau akan terus membantu pucuk pimpinan untuk mengukuhkan parti yang kini berdepan cabaran getir selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

‘‘Saya sebagai Timbalan Presiden, saya tetap menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden parti dan kami sedang bekerja kuat untuk memulihkan parti.

‘‘Untuk itu, kita memerlukan perpaduan dalam parti dan komitmen yang tinggi di kalangan ahli untuk memberi tumpuan kepada urusan memartabatkan UMNO,” katanya.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Dengar Isi Hati Ahli Akar Umbi – Mukhriz

JITRA 22 Mac - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sudah tiba masanya pucuk pimpinan UMNO mendengar suara ahli di peringkat akar umbi, termasuk dalam soal pemilihan presiden parti itu.

Mukhriz yang sebelum ini, mencetuskan kontroversi apabila mengutus surat kepada Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan, berkata, ahli akar umbi UMNO perlu diberi kebebasan untuk menyuarakan kehendak mereka dan bukannya mengikut arahan pihak atasan semata-mata.

Sambil merujuk kepada tindakan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO sebagai hak bekas Menteri Kewangan itu, beliau berkata, semua ahli UMNO wajar membuat pilihan masing-masing bagi menentukan hala tuju parti berkenaan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm