Friday, March 7, 2008

Bolehkah BN Menang Majoriti Dua-Pertiga

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh kurang 36 jam sebelum hari mengundi, semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengetahui BN boleh kembali berkuasa selepas pilihan raya umum Sabtu ini.

Semua termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjangkakan BN akan mengulangi rekod kemenangan besar pilihan raya umum 2004 kali ini.

Pada permulaan, pembangkang memasuki pertarungan kempen pilihan raya ini tanpa harapan tinggi sehingga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyatakan ia adalah sangat sukar walau untuk memenangi satu kerusi.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319019

No comments: