Thursday, March 20, 2008

Jawatan Kabinet – Jawatan UMNO

Oleh Azman Anuar

Banyak pemimpin besar UMNO terkejut dan kecewa apabila tidak dipilih menganggotai Kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Faktor utama sudah tentu kerana mereka awal-awal lagi kecundang untuk menghadiahkan kerusi Parlimen kepada BN akibat dipukul gelombang tsunami politik di Semenanjung. Jadi adalah tidak wajar nama mereka dipertimbangkan.

Dengan ramai tenaga muda dan tokoh berpengalaman tewas, maka 74 ahli Parlimen yang UMNO ada itu sahaja menjadi tilikan dan perhatian Perdana Menteri.

Adalah sukar untuk membuat pilihan jika yang ada tidak ramai, berbanding dengan 107 Parlimen milik UMNO pada 2004. Malah mengambil kira mesej daripada pengundi yang menolak calon-calon UMNO/BN sama ada muka baru atau yang berjawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha Parlimen serta pemimpin peringkat kerajaan negeri, Perdana Menteri wajar membuat pilihan yang terbaik dan memenuhi aspirasi rakyat.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

No comments: