Tuesday, March 11, 2008

PM Ulangi Khairy Tidak Pengaruhi Beliau

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan.

"Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua.

"Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=319861

No comments: