Tuesday, March 11, 2008

Kejatuhan IKKL Yang Disengajakan?

Hari ini 910.3.8) kita dapat lihat penggantungan keseluruhan kaunter-kaunter saham di Bursa Malaysia dari urus niaga untuk tempoh sejam hari ini bermula pada pukul 2.58 petang ini ekoran kejatuhan teruk pasaran saham. Pengendali pasaran saham Kuala Lumpur, Bursa Malaysia Bhd. telah melaksanakan langkah `Penampan Kejatuhan atau Circuit Breaker’ berikutan kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) yang melebihi 10 peratus hari ini.

“Ini pertama kali IKKL susut lebih 10 peratus dalam tempoh tak sampai satu hari dan ini juga merupakan kali pertama pelaksanaan `Penampan Kejatuhan’ ini dibuat oleh Bursa Malaysia sejak ia diperkenalkan 10 tahun lalu” kata mereka.

Untuk pengetahuan semua yang kurang mahir mengenai ekonomi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditadbirkan dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Berhad. Walaupun begitu segala tindak tanduknya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti yang akan memantau pergerakan harian setiap masa.

Saya beranggapan bahawa penggantungan kaunter-kaunter saham ini adalah bukan disebabkan oleh perlaksanaan “Penampan Kejatuhan” yang kononnya mengawal agar kejatuhan tidak boleh melebihi dari 10 peratus tetapi lebih kepada arahan Menteri Kewangan agar dibentuk satu penggantungan sementara pasaran. Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang membolehkan beliau mengarahkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) meminta Bursa Malaysia Berhad menggantung sementara semua kaunter.

Ini membolehkan Menteri Kewangan menjadikan alasan ini untuk menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia).

Lagi: http://ketuaperusuh.wordpress.com/


No comments: