Sunday, March 23, 2008

Dengar Isi Hati Ahli Akar Umbi – Mukhriz

JITRA 22 Mac - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sudah tiba masanya pucuk pimpinan UMNO mendengar suara ahli di peringkat akar umbi, termasuk dalam soal pemilihan presiden parti itu.

Mukhriz yang sebelum ini, mencetuskan kontroversi apabila mengutus surat kepada Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan, berkata, ahli akar umbi UMNO perlu diberi kebebasan untuk menyuarakan kehendak mereka dan bukannya mengikut arahan pihak atasan semata-mata.

Sambil merujuk kepada tindakan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO sebagai hak bekas Menteri Kewangan itu, beliau berkata, semua ahli UMNO wajar membuat pilihan masing-masing bagi menentukan hala tuju parti berkenaan.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

1 comment:

rahim said...

sebagai ahli UMNO , saya amat2 berharap sangat agar pucuk pimpinan yg ada supaya memberi ruang kepada ahli2 akar umbi menentukan pilihan mereka untuk memimpin dan mencorakkan parti di masa depan.Justeru itu, biarlah demokrasi hidup dalam UMNO dan jangan hanya bercakap sahaja tentang demokrasi pada hakikatnya amalan itu tiada dalam UMNO kerana sebelum ini jawatan Presiden dan Timbalannya tidak dipertandingkan.Hasil daripada tindakan itu, berlakunya apa yg kita alami sekarang ini.Pemimpin bertambah ego dan bebal sehinggakan tidak boleh ditegur dan dikritik langsung.Ingat para pemimpin UMNO ,tanpa ahli di bawah tuan2 tidak akan merasa untuk duduk di atas.Oleh itu, sebagai ahli UMNO berpendapat sudah tiba masanya untuk Presiden UMNO yg ada sekarang meletakkan secara terhormat demi masa depan parti dan survival org melayu khususnya.Sebagai pemimpin kita hendaklah sedar waktu dan ketika untuk kita berundur dan hari ini masa yg cukup sesuai sekali bagi Presiden UMNO sekarang untuk memberi laluan kepada orang lain untuk memimpin UMNO...itupun kalau beliau seorang yg cinta dan sayangkan parti melebihi kepentingan diri sendiri.Kesimpulannya, tahun ini adalah tahun terbaik bagi sesiapa yg ingin mencabar Presiden dalam pemilihan parti nanti sekiranya Presiden tidak mahu melepaskan jawatannya.Seluruh warga UMNO tibalah masanya untuk kita membuat perubahan.Hidup UMNO...kepada ahli2 UMNO yg sayangkan parti sila zahirkan sokongan anda supaya Pak Lah berundur...silakan!