Thursday, March 6, 2008

Abdullah: Rakyat Tidak Rugi Beri Undi Kepada BN

KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) -- "Anda tidak akan rugi bagi setiap undi yang diberikan kepada BN."

Itulah gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan mengalami kerugian bagi setiap undi yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Sabtu ini.

Bercakap kepada lebih 500 pengundi Cina pada Majlis Perjumpaan Muhibbah, anjuran Persekutuan Persatuan-persatuan Cina di Sabah, di sini, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata gabungan parti pemerintah komited untuk memajukan semua negeri di negara ini, termasuk Sabah.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=318617


No comments: