Wednesday, March 5, 2008

Suara Eksklusif:
Segolongan Anggota Tentera Ada Dua IC?

Sumber-sumber memberitahu Suara bahawa kini segolongan anggota angkatan tentera dikatakan mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan tentera, satu lagi kad pengenalan awam.

Kata sumber-sumber itu, ini dipercayai akan membolehkan anggota tentera terbabit membuang undi sebanyak dua kali dalam PRU12.

Bagaimanapun, sumber-sumber tersebut enggan menyatakan jumlah mereka yang mempunyai dua kad pengenalan berkenaan.

Soalnya di sini, adakah maklumat ini sahih? Kalau palsu, bagaimanakah ada sebuah akhbar tabloid membuat laporan isu yang sama, lengkap dengan perincian dan gambarnya?

No comments: