Saturday, March 22, 2008

Hasrat Tengku Razaleigh Cabar Presiden UMNO Tidak Sesuai - Hishammuddin

PUTRAJAYA 21 Mac – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kesediaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan parti akan datang, sebagai tidak sesuai.

Sambil melahirkan rasa tidak setujunya terhadap hasrat Tengku Razaleigh itu, beliau berkata, semua pihak telah menyatakan sokongan penuh kepada pucuk pimpinan bagi merapatkan barisan dan menaikkan semula parti serta memberi semangat kepada ahli-ahli.

“Masanya tidak kondusif kepada apa yang dilakukan. Ini akan menimbulkan tanda tanya sama ada hasratnya itu ikhlas atau tidak, atau ingin mengambil kesempatan dalam suasana sekarang ini untuk menangguk di air yang keruh,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pelajaran selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementerian yang pertama selepas pengumuman barisan Kabinet yang baru oleh Abdullah pada Selasa lepas.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

No comments: