Saturday, March 22, 2008

Shabery Jumpa Penulis Blog Berhubung Peranan 'Bina Negara'

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

"Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

"Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=321870

No comments: