Wednesday, March 5, 2008

Bencana Bagi Negara Jika Anwar Jadi PM - Chandra

PETALING JAYA, 4 Mac (Bernama) -- Prof Dr Chandra Muzaffar, yang pernah menjadi sekutu rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam berkata negara akan dilanda bencana jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadi perdana menteri satu hari nanti.

Beliau berkata bekas timbalan perdana menteri itu bukannya seorang pemimpin yang diperlukan oleh sebuah negara berbilang kaum kerana beliau kini telah berubah berbanding semasa beliau di dalam kerajaan.

"Hari ini beliau menggunakan imej yang berbeza sama sekali dan yang menyedihkan ramai juga orang bukan Melayu mempercayai lelaki ini. Beliau menyatakan yang beliau mahu menghapuskan DEB (Dasar Ekonomi Negara), sesuatu yang begitu enak didengar," kata Dr Chandra.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=318145

1 comment:

khalifah sam said...

Apa guna DEB jika ia hanya mengkayakan segelintir umat Melayu. Sedangkan manfaat untuk rakyat terbanyak hanya beberapa peratus sahaja. Bukankah kerajaan BN sendiri mengakui bahawa Melayu adalah golongan paling ramai miskin di Malaysia. Dasar boleh berubah atau diubah. Yang penting adalah kandungan, prinsip dan perlaksanaan dasar tersebut.