Tun Musa Menjawab Bagi Pihak PM Flip-Flop
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, hari ini membuat perbandingan mengenai tahap kebebasan media sekarang berbanding dengan zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucaputama beliau dalam sebuah majlis anjuran Alumni Universiti Malaya.
Apa yang diutarakan Tun Musa Hitam ini sebenarnya tidak tepat. Kebebasan media yang konon wujud sekarang merupakan kebebasan selektif, yang sengaja dibiarkan oleh pengarang-pengarang media, terutama akhbar perdana, agar memaparkan bahawa kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi kononnya lebih terbuka.
Sebenarnya, ianya jauh panggang dari api. Pengarang-pengarang media menerima panggilan dari Tingkat Empat jauh lebih kerap sekarang, berbanding dengan zaman Tun Dr. Mahathir. Bukan sahaja berita yang patut dan diberi restu untuk disiarkan sahaja dibincangkan, malah sudut laporan juga ditentukan, termasuk foto yang sesuai digunakan.

No comments:
Post a Comment