Tuesday, February 26, 2008

P131 Rembau: "Saya Mahu Hentikan Pembentukan Dinasti Abdullah-Khairy"

Badrul Hisham Shaharin

Semalam di beberapa media utama yang dikuasai Umno/BN atau atau jaringan korporat kapitalisnya Khairy telah menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada 'cheguBard' malah tidak kenal akan siapa 'cheguBard'?

Beliau juga mengatakan bahawa beliau langsung tidak peduli akan cabaran untuk mengekori beliau dan menyatakan "Saya tak kisah... kalau saya tidak bertanding dia kena ikut tak bertandinglah"

Semalam juga saya dihubungi beberapa wartawan untuk meminta respon saya mengenai perkara tersebut. Saya menyatakan memang saya tidak popular seperti Khairy.

Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara), saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya.

Kepada Khairy saya sekali lagi dengan rasa keinsafan dan menyedari betapa beliau yang bukan punya jawatan dalam kerajaan dan dengan hanya berbekal sijil nikah beliau memanjat tangga kuasa, ayuh jangan cakap besar turun ke pentas PRU ke 12 ini. Anak Rembau amat-amat menantimu.

Lagi:http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=373&Itemid=84

No comments: