Friday, February 8, 2008

Sebarang Masa Sesuai Untuk Pilihan Raya - Abdullah

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sebarang masa yang ditetapkan untuk mengadakan pilihan raya umum adalah sesuai jika beliau telah membuat keputusan.

Beliau juga berkata: "khabar angin adalah khabar angin" ketika ditanya berhubung ura-ura Parlimen akan dibubarkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

"Sebarang masa adalah sesuai bila saya buat keputusan," katanya ditanya pemberita berhubung analisis banyak pihak bahawa bulan Mac adalah masa terbaik pilihan raya diadakan kerana ada cuti sekolah.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=312727

No comments: