Thursday, February 28, 2008

Sokongan Kaum Cina Terhadap BN Tidak Boleh Berbelah Bahagi, Kata Ong

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini berkata kaum Cina di Malaysia tidak boleh berbelah bahagi dalam menyokong Barisan Nasional (BN), bagi memastikan kesinambungan survivalnya termasuk dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Beliau berkata ia bertambah penting ketika ini semasa komuniti Cina di Malaysia berhadapan dengan masalah kadar kelahiran yang semakin menurun, yang mengurangkan jumlah mereka sedikit demi sedikit.

"Jangan percaya pembohongan yang buat oleh pembangkang kerana mereka hanya ingin memancing undi, dan kata-kata mereka ini boleh membawa kesan buruk kepada komuniti Cina," katanya semasa berucap pada majlis ulang tahun parti itu yang ke-59, di Wisma MCA di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316819

No comments: