Saturday, February 23, 2008

Mukriz Dapat Restu Tun Dr Mahathir Tapi Diingatkan Perlu Menang Dengan Usaha Sendiri

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata anaknya, Datuk Mukhriz mendapat restu beliau untuk bertanding pada pilihan raya 8 Mac ini, namun mengingatkan bahawa beliau (Mukhriz) perlu memenangi kerusi Parlimen Jerlun menerusi hasil usaha sendiri.

Beliau yang menasihatkan anaknya untuk sentiasa bekerja keras dan serius sebagai calon, turut berkata bahawa beliau tidak akan membantu berkempen untuk Mukhriz.

"Tidak, saya tidak akan berkempen. Saya cuma berikan restu saya untuk dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu seminar berhubung remaja di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.

Lagi: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=315798

No comments: