Monday, February 11, 2008

Jadikan Bangsa Malaysia Nombor Satu Di Dunia

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan, muhibah dan kerjasama antara kaum selama-selamanya dan menjadikan ia sebagai warisan bangsa.

Beliau berkata kerjasama dan sikap tolong menolong itu menjadikan negara ini unik, seterusnya boleh menjadi bangsa yang terbaik di dunia.

"Jadikan Malaysia bangsa nombor satu di dunia. Hidup bersama dalam harmoni. Saya mahu ia berkekalan,” katanya semasa melancarkan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2008 di Jalan Bukit Bintang.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=313104

No comments: