Friday, February 29, 2008

Banyaknya Duit Mereka

Sehari sebelum penamaan calon, saya menjengah satu negeri “HotSpot” di pantai timur Malaysia. Dari pemerhatian saya terdapat terlalu banyak poster, “banner pvc”, papan iklan bersaiz “billboard” yang memaparkan imej Barisan Nasional atau UMNO. Malah boleh dikatakan disetiap penjuru negeri terpapar dengan jelas imej Barisan Nasional atau UMNO.

Tidak dinafikan semua ini memerlukan kos yang amat tinggi. Memanglah calon pilihanraya dibenarkan menggunakan sehingga RM100 ribu untuk kos pilihanraya termasuklah promosi dan sebagainya, namun dengan senario yang ada terpapar, saya pasti nilai ini jauh lebih kecil berbanding dengan kos keseluruhan promosi Barisan Nasional/UMNO disini.

Saya sedia maklum bahawa memang terdapat beberapa promosi yang dilakukan dibiayai oleh orang korporat yang sebelum ini mendapat laba hasil dari keakraban dengan pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Namun tentunya dengan bantuan promosi yang bertahap mega ini, tentunya ada timbal balik sekiranya calon UMNO/Barisan Nasional ini menang dalam pilihanraya umum ke-12 kali ini. Pastinya kontrak kerajaan (dari segenap cabang instrumen kerajaan) akan disalurkan (dihadiahkan) kepada pembiaya korporat tersebut.

Lagi:http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/02/26/banyaknya-duit-mereka/

No comments: