Wednesday, February 27, 2008

Kelab Menteri Besar Cantas Orang-Orang Menantu PM

Mungkin ramai yang tidak perasan tetapi inilah hakikatnya. Menantu PM yang dikatakan begitu berkuasa nampaknya telah gagal menyusun beberapa orang kuatnya untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Satu persatu orang-orang menantu PM dicantas oleh "Kelab Menteri Besar". Didalam tulisan yang lalu kami menyiarkan bagaimana Wan Farid yang seharusnya menjadi Menteri Besar Terangganu dicantas oleh Idris Jusoh. Sila klik disini.

Cuba perhatikan bagaimana Norza Zakaria yang menjadi proksi menantu PM yang paling kanan gagal untuk mendapatkan mana-mana tempat untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Norza yang sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Melaka atau kerusi parlimen Titiwangsa tersungkur ke bumi dikerjakan oleh Ali Rustam dan Zulhasnan.

Sementara Ahmad Zaki Zahid yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang sebelum ini digembar-gemburkan akan mengambil alih kerusi Tengku Adnan hanya mampu menelan air liur sahaja.

Lagi:http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/kelab-menteri-besar-cantas-orang-orang.html

No comments: