Monday, February 18, 2008

Tengku Razaleigh Hamzah Gugur Dari Calon BN?

(Harakah) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka digugurkan dari senarai calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Sumber yang rapat dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa memberitahu, dalam senarai yang dihantar kepada Presiden Umno, nama Tengku Razaleigh tidak disenaraikan.

Kelazimannya Perhubungan Umno Kelantan akan membincangkan senarai calon-calon yang diangkat oleh Umno Bahagian, bagaimanapun kali ini tiada langsung perbincangan mengenai calon.

"Yang kita tahu, hanya pengumuman Annuar yang mengatakan senarai calon BN Kelantan sudah disubmit kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Bila mesyuarat pun kita tak tahu," kata seorang Ketua Bahagian yang namanya bakal digugurkan.

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2928/46/

No comments: