Wednesday, February 27, 2008

PAS Buat Laporan Polis Isu Rafidah

IPOH, 26 Feb (Bernama) -- PAS hari ini membuat laporan polis meminta supaya dilakukan siasatan terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) di Parlimen Kuala Kangsar kerana menerima borang pencalonan calon Barisan Nasional (BN) yang tidak ditandatangani.

Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata parti itu mahu polis menjalankan siasatan kerana terdapat kemungkinan berlaku "penyelewengan" kerana borang pencalonan Datuk Seri Rafidah Aziz secara tiba-tiba telah ditandatangani.

Beliau berkata borang penamaan calon BN itu jelas tidak ditandatangani apabila ruangan berkenaan kosong pada borang yang dipamerkan di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Ahad lepas, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto Barisan Alternatif Negeri Perak di sini hari ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=316563

No comments: