Monday, February 4, 2008

Menjelang PRU12: Undi Anda Tetap Rahsia

Pilihanraya ke 12 nampaknya begitu hampir sekali. Kabarnya ada orang yang meminati nombor 13, maka ianya akan dimulakan atau ditutup dengan 13.

Kalau mengikut Islam, kepercayaan kepada perkara seperti nombor yang memberi nasib yang baik adalah satu khurafat. Oleh itu sebagai jalan selamat, kita boleh lah mengatakan, kerana minat sangat terhadap sesuatu nombor maka banyak perkara mahu dilakukan berdasarkan nombor itu atas dasar suka suka.

Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan “Adakah Undi Saya Rahsia?” atau “Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?”. Saya tidak mengetahui kenapa persoalan itu di war warkan hampir setiap kali pilihanraya. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG BEGITU DILETAKKAN untuk menakut nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2285/46/

No comments: