Monday, February 4, 2008

"Pecat Orang Yang Minta Saya Dipecat" Shahidan

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak yang telah mencadangkan beliau dipecat dari jawatannya sekarang patut dipecat dari parti itu.

"Orang yang mahu saya pergi telah mendapat laporan meluas dari media. Jika kita ikut peraturan parti, orang itu patut dipecat. Ada kes precedent di sini bila Zaharin Mohd Yassin (bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak) mengkritik pemimpin Umno (Perdana Menteri), dia telah ditendang dari parti," kata Shahidan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah mencadangkan agar Menteri Besar Perlis itu ditukar kerana menurutnya dia telah membawa perpecahan dalam Umno Perlis.

Kenyataan ini telah disiarkan oleh semua media termasuk Siasah sebelum ini. Siasah juga telah menyiarkan justifikasi tindakan Radzi itu di samping penjelasan Shahidan sendiri mengenainya. Siasahdaily.blogspot.com

Lagi: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2232/46/

No comments: