Monday, February 18, 2008

PM: Kerajaan Tidak Bohong Ekonomi Negara Semakin Kukuh

PULAU PINANG 17 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak membohongi rakyat apabila memperkatakan mengenai pembangunan ekonomi negara yang semakin kukuh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berdasarkan kepada statistik badan dunia dan disokong oleh pemimpin-pemimpin industri yang kagum dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurutnya, mengikut laporan itu, pencapaian ekonomi negara semakin meningkat dan berada di kedudukan keenam di belakang kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), China, United Kingdom, Jerman serta India.

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

1 comment:

Hasbullah Pit said...

Saya tak hairan kalau ekonomi negara kukuh, Tapi bagaimana kekayaan negara itu disalurkan kepada rakyat.

Maka Malaysia perlu menjadi negara kebajikan sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun