Saturday, February 9, 2008

Menantu Pak Lah Akan Tikam Pak Lah?

Terbongkar dalam UMNO bahawa menantu Pak Lah ini diberi peluang untuk memilih mana saja tempat yang dia suka asalkan tempat itu menjamin kejayaannya. Terbongkar bahawa muka baru yang disenaraikan adalah kawan-kawan menantu Pak Lah dan ini akan membentuk satu kekuatan untuk menantu Pak Lah ini membina empayarnya kelak sewaktu pemilihan agung UMNO yang akan datang.

Strategi pembentukkan empayar ini dikatakan juga mempunya hasrat untuk meletak Pak Lah di hujung pedang kelak dengan semua kawan-kawan menantu ini memegang jawatan di bahagian kelak setelah menjadi wakil rakyat. Menantu Pak Lah ini mempunyai strategi jahat bermula dari pilihan raya ini dengan membawa masuk rakan-rakan di tingkat empat dan orang paling kanan beliau ialah Norza yang turut menjadi ketua pemegang dana utama dalam kem menantu Pak Lah.

Ahli UMNO yang ada sekarang seharusnya bersedia untuk menerima pemimpin paling jahat dan kemungkinan pengkhianat Melayu utama pernah disaksikan oleh negara ini. Ahli Umno perlu disedarkan bahawa menantu Pak Lah ini adalah orang yang akan menjual negara pada Singapura - tanah pujaan beliau. Melayu bagi menantu pak lah adalah bangsa yang akan pupus dan hasrat memupuskan dengan cepat adalah cita-cita menantu Pak Lah ini.

Lagi:
http://antikhairy.blogspot.com/2008/02/menantu-pak-lah-akan-tikam-pak-lah.html

No comments: