Thursday, February 21, 2008


Mukhriz Kononnya Terima Hampir '100 Peratus' Sokongan Bertanding Di Langkawi

LANGKAWI, 21 Feb (Bernama) -- Sokongan kepada anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum 8 Mac ini "hampir mencapai 100 peratus", demikian menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat.

Katanya beliau "tidak putus-putus" menerima panggilan telefon hari ini daripada ketua-ketua cawangan Umno dan anggota parti komponen Barisan Nasional yang menyokong Mukhriz bertanding di Langkawi.

"Walaupun mereka menghubungi saya secara individu ia tetap perkembangan baik selepas 33 daripada 91 ketua cawangan di Langkawi menyatakan pendirian secara terbuka semalam menyokong pencalonan Mukhriz," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lagi:http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=314998

No comments: